TUTORIAL PENJAGAAN KERETA



 SERVIS AIRCOND KERETA 

Aircond kereta adalah sebahagian penting untuk keselesaan ketika memandu di waktu panas.Sekiranya  tiada aircond pada kereta boleh menyebabkan pemanduan kurang rasa selesa.

Kepentingan Aircond Kereta.
-menghilangkan haba panas di dalam kereta semasa pemanduan samaada memandu dekat atau pun jauh
-Menghilangkan wap panas ketika hujan .

Untuk memastikan Aircond kereta sentiasa sejuk pastikan gas di tambah sekiranya telah kurang.Ini penting supaya aircond sentiasa berada di dalam keadaan baik .Untuk memastikan ada atau tidak kebocoran pada hos sebelum menambah gas.Sekiranya pemeriksaaan pada hos telah di buat barulah gas di tambah sehingga penuh.








CABLE PLUG
GANTI BARU CABLE PLUG
enjin adakalanya  terseggut-senggut seakan-akan kehabisan minyak dan adakalanya mati secara tiba-tiba.Keadaan sebegini boleh menyebabkan kenderaan terhenti di tengah jalan.Terutamanya ketika kenderaan berada di trafic light atau semasa tidak bergerak.Ini disebabkan tekanan api rendah pada plug pada enjin .Keadaan ini terjadi berkemungkinan dari ketidak stabilan api pada plug.

-Keadaan ini boleh terjadi sekiranya sambungan kabel ke plug tidak di masukkan dengan betul.
-Terdapat kerosakan pada salah satu di bahagian penyambung kabel plug kerena telah lama dan renggang.
-Plug telah lama tidak di ganti dengan yang baru.

Terlebih dahulu anda perlu memastikan setiap kabel plug yang berkemungkinan renggang atau tidak rapat pada sambungan plug.Pastikan plug telah di tukar dengan yang baru.Sekiranya keadaan yang sama masih berlaku ini bermakna kabel perlu di ganti dengan yang baru.

GANTI BATERI BARU

Masalah kereta sukar untuk di hidupkan berkemungkinan di sebabkan bateri lemah .Bateri lemah di sebabkan beberapa faktor .
Diantara faktor utama bateri menjadi lemah:

-Suis lampu kereta lupa di matikan dan di sebabkan terlalu lama lampu menyala arus tenaga bateri terus mengalir .
- Sistem audio terpasang terlalu lama ,telah menyebabkan simpanan tenaga pada beteri menjadi semakin lemah.Apabila aliran arus tenaga bateri digunakan tanpa di cas semula tenaga pada bateri akan semakin kurang.

Apabila keadaan sedemikian telah berlaku ,bateri yang lemah tidak mampu untuk menggerakkan stater pada kereta dan keadaan sedemikian mudah terjadi pada kenderaan ketika enjin mula di hidupkan.

Tanda-tanda bateri sudah lemah
 -Enjin tidak dapat di hidupkan .Ramai di antara pengguna kereta terlupa untuk mencatat tarikh pembelian bateri baru yang di beli di kedai-kedai yang menjual bateri.Ini kerana bateri yang tidak di ketauhi tarikhnya sukar untuk memastikan tarikh tamat tempoh pada bateri.Sebaik-baiknya bateri yang di beli di tulis tarikh terlebih dahulu sebelum digunakan supaya mudah merancang penukaran bateri baru sekiranya bateri telah tamat tempoh penggunaannya.

.Apabila kereta sukar di hidupkan beberapa langkah atau kaedah boleh di gunakan untuk memastikan bateri kereta anda masih boleh digunakan atau tidak .Diantara nya langkah-langkah adalahseperti :

-Menggunakan beteri lain yang masih elok  atau bateri kereta yang lain untuk di pasang pada kereta anda .kaedah sementara ini boleh membantu untuk menghidupkan enjin kereta anda yang telah kehabisan tenaga.
-Setelah kereta dapat di hidupkan perlu anda tanggalkan kembali peyambung arus Negatif (-) dan positif(+) dari bateri yang di tumpang tadi.

 -Anda perlu memastikan penyambungan arus Negatif (-)  dan Positif (+)  di sambungkan pada tanda yang telah di tetapkan.
-Semasa memasukkan kembali bateri kereta yang asal dan biarkan enjin hidup  untuk proses cas semula bateri yang telah lemah tadi.Proses cas ini memerlukan masa dan enjin perlu hidup tanpa di matikan.Ambil masa lebih kurang 1jam untuk proses cas semula.Untuk memastikan bateri telah di cas penuh anda perlu mematikan enjin dan hidupkan enjin kembali.Sekiranya bateri anda masih elok enjin kereta akan berfungsi seperti biasa.Tetapi jika sebaliknya berkemungkinan bateri telah tidak dapat di gunakan lagi.

Untuk anda yang kurang yakin melakukan sendiri pula boleh menggunakan kaedah ini:

-Untuk beteri yang telah di buka tadi bolehlah di hantar terus  ke bengkel untuk di cas semula sehingga cukup tenaga tersimpan pada beteri yang lemah tadi.Sekiranya beteri yang di caj tadi masih tidak dapat menyimpan tenaga menandakan beteri perlu di ganti baru.Sekiranya bateri anda di ganti baru pastikan saiz beteri dan kuasa mengikut penggunaan kuasa kereta anda.Sekiranya terdapat banyak penggunaan elektronik seperti Audio sistem ,sportlight pada kereta perlu guna bateri yang lebih penyimpanan kuasa .kebiasaan bateri yang boleh di gunakan adalah  NS60 atau NS70 .

Terdapat dua jenis beteri yang biasa di gunakan 
-Bateri Sel basah
-Bateri Sel kering

Kedua-dua bateri ini boleh digunakan pada kenderaan .
Bateri sel basah menggunakan air bateri
Bateri sel kering tidak menggunakan air bateri.

Untuk bateri sel basah anda perlu sentiasa memeriksa air di dalam bateri supaya tidak kering .Tambah air bateri sekiranya air bateri telah berkurangan sehingga paras maximum pada tanda aras yang ada pada bateri .Tanda ini dapat di lihat di luar bahagian bateri.Jangka hayat bateri sel basah kebiasaannya 2 hingga hampir 3 tahun.

Untuk bateri sel kering pula kebiasaan tidak seperti bateri sel basah kerana tidak perlu menggunakan pengisian air bateri.Bateri sel kering biasanya boleh bertahan sehingga tamat tempoh penggunaannya.Kebiasaan Bateri sel kering dapat di gunakan setahun atau kurang dari 2 tahun.

Tanda-tanda beteri lemah atau sudah tidak menyimpan tenaga.
-Enjin kereta sukar di hidupkan
-lampu malap dan adakala lampu mudah terbakar
-mudah mati kerana arus kuasa enjin dan bateri tidak stabil..


ALIGNMENT TAYAR KERETA











SERVIS HYDRAULIC PUMP BRAKE 

Brake Kerata secara tiba-tiba tidak berfungsi ketika kenderaan hendak bergerak.Apabila keadaan ini terjadi pastikan kenderaan tidak di paksa untuk terus bergerak kerana kesan geseran boleh menyebabkan piring brake bengkok dan akan berlaku kerosakan lain bagi setiap komponen pada pump brake. Sebaiknya berhenti dan periksa terlebih dahulu untuk memastikan setiap pump brake pada kerata.Tanda kerosakan brake kereta boleh di kesan pada peringkat awal dan pemeriksaan perlu sekiranya kenderaan terasa berat ketika berjalan atau terdengar geseran sekali-sekala apabila kenderaan sedang bergerak dan adakala brake tidak mencengkan ketika kenderaan hendak berhenti semasa memandu.

Untuk memastikan saluran paip pump brake tiada berlaku kebocoran dengan memeriksa setiap rim kenderaan sentiasa  tiada minyak yang menitis pada rim kenderaan dan sentiasa tambah minyak brake sekiranya perlu.

Servis pump brake kereta penting bagi kenderaan supaya kenderaan dapat berjalan dengan lancar.Sekiranya pump brake tidak pernah di servis berkemungkinan kenderaan anda tidak dapat bergarak dengan lancar dan kemungkinan terus tidak dapat bergarak. Di antara sebab utama brake kereta tidak berfungsi di sebabkan saluran paip hydraulic pum brake tersumbat atau telah berlaku kebocoran pada paip dan minyak brake telah kering.Beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan kebocoran dan salah satu sebab utama telah lama .Terdapat komponen dalaman yang perlu di periksa sekiranya proses penyelenggaraan hendak di lakukan pada pump brake dan beberapa komponen perlu di ganti apabila proses servis hendak di lakukan.

Bagaimana sekiranya pump brake tidak berfungsi.Sudah pasti kenderaan tidak dapat bergerak dan geseran semasa bergerak boleh menyebabkan disc panas dan kepanasan yang melampau membuatkan ia berasap dan boleh menyebabkab disc bengkok .Apa yang perlu di  lakukan hentikan kenderaan sehingga kepanasan pada disc berkurangan supaya tekanan kepanasan pada brake tidak menyebabkan kerosakan lebih banyak pada pump brake.Sekiranya kepanasan tiada beberapa cara boleh boleh membantu untuk kenderaan di gerakkan dengan membuang minyak break sedikit pada pump brake.Pastikan skru di pump brake di buka sedikit dan di kunci kembali.Sekiranya tiada pancutan minyak pada pump berkemungkinan paip tersumbat.Sekiranya tiada berlaku paip tersumbat minyak brake akan keluar pada saluran pump yang di buka tadi.Sekiranya kenderaan telah dapat bergerak ,kenderaan perlu di buat pemeriksaan atau di servis di bengkel berdakatan





































GANTI BARU ARM BUSH & STABILIZER BUSH

Perkara penting di dalam pemanduan kereta sekiranya Arm Bush di dapati rosak berkemungkinan kereta yang di pandu akan rasa membuai seakan-akan melalui kelopak air hujan di mana kenderaan tidak stabil terutama ketika berjalan jauh.. Untuk memastikan keadaan Arm Bush dalam keadaan baik pastikan dahulu jika terdapat tanda-tanda yang demikian Beberapa kemungkinan Arm Bush telah rosak dan perlu di ganti 
 -kereta mudah membuai ketika jalan basah di sebabkan hujan atau  tidak hujan .
-Membuai ketika mengambil selekoh samaada pemanduan perlahan atau laju.
-Sekali -sekala tayar jejak pada body kereta .
-Bunga pada ayar kereta akan tipis tidak serata .

Untuk memastikan kerosakan ini kereta perlu di periksa terlebih dahulu. Lebih mudah ketika penggantian tayar sedang di lakukan kerana Arm Bush berada di kiri kanan pada tayar sebelah belakang.
























GANTI BARU TAYAR KERETA

Tayar amat penting pada semua kenderaan.Tayar dapat menyerap hentakan semasa kenderaan bergerak.Maanakala bunga pada tayar untuk mencengkam jalan di waktu keadaan jalan kering atau pun basah.Beza pada kelebaran dan ketebalan setiap jenis pembuatan tayar  memainkan peranan penting dan fungsinya berbeza pada satu-satu masa. 
Apabila penggunaan jenis tayar tidak di selenggara dengan betul berkemungkinan kenderaan tidak dapat berjalan lancar atau stabil.Pemilihan tayar  amatlah penting .Pastikan tayar yang di pilih sesuai mengikut saiz rim dan bunga pada tayar sesuai untuk lebih tahan lama.Pilihan tayar atau bunga tayar yang tidak sesuai boleh mempercepatkan ketipisan pada bunga tayar.

Terdapat pelbagai jenis pilihan ketika hendak membeli tayar yang ada di kedai menjual tayar.Diantara jenis tayar
-Tayar baru
-Tayar terpakai
-Tayar korek

Untuk tayar baru harga adalah lebih tinggi dengan tayar terpakai dan tayar bunga korek.Tayar baru jangka masa hayat pada bunga tayar  lebih lama berbanding tayar terpakai dan tayar korek.Untuk mengenal pasti tayar yang baru  anda boleh melihat catatan tahun semasa pembuatan pada bahagian tepi tayar.Begitu juga dengan tayar terpakai dan tayar korek.Biasanya bunga pada tayar baru tebal dan tiada kecacatan pada sekitar tayar.

Untuk tayar terpakai biasanya ada sedikit ketipisan pada bunga tayar yang di sebabkan telah di guna kenderaan sebelum ini tetapi masih boleh di gunakan lagi.Harga lebih murah sedikit dari tayar baru.Biasanya pemilik asal tayar ini menjual kembali pada kedai yang menjual tayar untuk mendapat sedikit pengurangan harga untuk pembelian tayar baru dan tayar terpakai ini di jual kembali kepada pembeli yang mahukan tayar terpakai kerana harganya yang agak murah.Sekiranya anda memilih untuk membeli tayar-tayar terpakai ini tiada masalah.Pastikan tahun yang tercatat pada tayar sebelum membeli tayar.Sekiranya telah terlalu lama tahun keluaran tayar sebegini tidak perlu di beli kerana berisiko sekiranya di gunakan lagi.

Untuk tayar korek 
Penggunaan untuk jenis tayar ini tidak di galakkan kerana bunga tayar telah nipis atau sebahagian bunga yang botak di toreh kembali.Sekiranya di gunakan boleh menyebabkan berlaku kemalangan semasa hujan atau jalan basah.Berbahaya juga untuk perjalanan jauh kerana boleh menyababkan tayar meletup atau pecah semasa memandu.Berhati-hati ketika membuat pilihan ketika membeli tayar murah yang di tawarkan.






























GANTI BARU VALVE COVER GASKET










GANTI BARU MINYAK ENJIN

















GANTI BARU FILTER PETROL








GANTI BARU ALTERNATOR 
NISSAN BLUEBIRD U12







GANTI BARU COMPRESSOR & CONDENSER
Compressor adalah salah satu bahagian paling penting pada sistem penghawa dingin bagi setiap kenderaan.Untuk kereta nissan bluebird pula terdapat pelbagai jenis compressor di pasaran .Sekiranya compressor telah rosak maka fungsi penghawa dingin terjejas dan kereta akan menjadi tidak seperti kebiasaan kerana sistem enjin akan terganggu .Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku pemeriksaan perlu di buat bagi memastikan keadaan ini tidak berterusan dan pemeriksaan pada kompressor perlu di lakukan untuk memastikan sistem adalah baik.Sekiranya  kompressor sudah tidak lagi berfungsi kompressor ini perlulah di ganti  .







GANTI BARU CONDENSER
NISSAN BLUEBIRD U12






GANTI GETAH HOS KERETA NISSAN BLUEBIRD U12
Kereta nissan bluebird melalui proses penggantian hos getah  memandangkan keadaannya yang telah lama tidak di tukar.Keadaan getah mengeras dan terdapat tanda-tanda retak dan sekiranya tidak di ganti berkemungkinan kenderaan akan mengalami gangguan pada sistem enjin dimana apabila getah pecah dan berlaku kebocoran pada hos akan membuat enjin panas dan sistem enjin boleh rosak.Apabila keadaan ini berlaku semasa anda sedang memandu anda perlulah segera memberhentikan kenderaan anda .

Tanda-tanda hos getah perlu di tukar.
 Apabila getah telah menjadi keras dan merekah dan apabila telah lama tidak di tukar.














GANTI  WHELL BEARING KIT.
Hari ini Kereta Bluebird triples U12 akan memasuki bengkel untuk tukar WHELL BEARING KIT.
Bearing untuk kerata nissan bluebird memerlukan saiz ukuran yang sama untuk di gantikan dengan yang lama.Kebiasaannya bearing ini terdapat pada setiap rim kenderaan. Untuk rim yang sedia ada pada kereta ini adalah 5 hub dan untuk hari ini perlu di tukar kepada 4 hub.Untuk pertukaran dari 5 hub kepada 4 hub perlu menukar tapak baru serta rim yang mempunyai lubang hub yang sama.Perkara ini akan melibatkan sekali tayar kereta yang mempunyai saiz ukuran rim yang sama.
Untuk menukar bearing yang di maksudkan tumpuan utama bengkel kereta terlibat untuk membaiki adalah di kedai rim dan tayar.














Untuk memastikan adakah kerosakan adalah berpunca dari bearing,tayar kereta perlu di keluarkan terlebih dahulu .Brake pad serta di disc di keluarkan.




Brake Pad





Disc Brake


Wheel bearing kit 5 Hub


Wheel bearing kit 5 Hub





Wheel bearing kit 5 Hub





Wheel bearing kit 5 Hub


Wheel bearing kit 5 Hub




Wheel bearing kit 4 Hub



Wheel bearing kit 4 Hub




























BAIK PULIH KERETA NISSAN BLUEBIRD U12
GANTI GETAH STERING DAN GETAH DRIVE SHAFT .

Mengapa keadaan sedemikian terjadi..
MAKLUMAN BENGKEL

1-Keadaan sedemikian boleh terjadi sekiranya getah telah terlalu lama dan akan terjadi getan pecah apabila stering kereta di pulas habis.Untuk memastikan  DRIVE SHAFT ini tidak rosak getah perlu di ganti baru .Sekiranya keadaan ini di biarkan terlalu lama berkemungkinan DRIVE SHAFT PULA YANG PERLU DI GANTI BARU.Anda akan mrenanggung kos yang tinggi.

2-Memandangkan barang ganti ini sukar juga di cari berikutan keluaran jenis kereta yang pelbagai, percubaan kali ini menggunakan DRIVE SHAFT DB2904 PAJERO BOOT KIT 3.28.

3-Penukaran getah DRIVE SHAFT ini memakan masa hampir sejam.Kerosakan getah pada DRIVE SHSFT ini perlu di keluarkan terlebih dahulu serta barulah getah ini akan dapat di ganti.Sekiranya terdapat kerosakan pada getah stering ,seeloknya getah di bahagian ini juga di ganti.











































GANTI BARU PAD BREAK NISSAN BLUEBIRD
Bluebird U12 kali telah melalui proses untuk mengganti pad break yang dah lama tak di tukar. Jadi untuk kali ini seperti biasa rondaan mencari bengkel kereta yang berdekatan untuk menukar pad break yang sudah bertahun tidak di tukar. Keadaan pad break pada masa ini sekali -sekala kedengaran berbunyi seperti geseran besi semasa kenderaan mula bergerak. kedai yang akan menjalankan baik pulih akan membuat tugasan menggantikan pad break yang baru.. 
  Semasa proses untuk mendapatkan alat ganti kadang -kala memakan masa yang lama apabila pad break tidak terdapat pada kedai -kedai bengkel yang di kunjungi.memandangkan keadaan ini biasa berlaku kerana kesukaran mencari alat gantian baru,Pendapat dari pomen amat di perlukan.

Menjelaskan isu ini tiada pilihan yang lain bagi menyelesaikan masalah ini supaya keadaan tidak bertambah buruk ,atas nasihat mereka-mereka yang pakar ,bluebird u12 menjelajah ke kedai menjual alat ganti kereta di sekitar sehingga telah memperolehi alat ganti pad break yang sama serta sesuai dan setelah mendapatkan alat ganti ini barulah proses menukar pad break yang baru dapat di buat.


















TIP MENGHILANGKAN CERMIN BERWAP KETIKA HUJAN

Memandangkan terlalu ramai yang mencari tip untuk menjimatkan kos semasa hujan untuk membaiki kenderaan masing -masing ketika hujan makala kala kereta pula berlaku kerosakan pada sistem AIRCOND.NISSANBLUEBIRDTRIPLESSS ingin berkongsi tip untuk anda yang berada di dalam situasi ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan dengan AIRCOND kereta semasa menghadapi keadaan hujan yang akan membuatkan cermin kereta anda berkabus apa yang perlu anda lakukan ;

TIP YANG BIASA KITA TAHU
-Buka sedikit cermin kereta supaya angin boleh masuk kedalam kereta dan wap kereta akan sedikit kurang tetapi tempias air hujan pula akan masuk sedikit -sedikit .
-Sediakan kain untuk di buat pengelap pada cermin untuk kurangkan kabur yang di sebabkan cermin yang telah berkabus di sebabkan wap panas yang terjadi di cermin hadapan.

PENGALAMAN
Pengalaman sebegini sudah tentu tidak mahu di alami oleh pemandu-pemandu yang akan bertugas ketika memandu.Keadaan ini boleh mengundang pelbagai masalah.Antara masalah yang perlu di hadapi bagi yang memandu ketika kereta tiada AIRCOND pada hari hujan merupakan satu masalah utama yang amat menyerikkan.Apa yang berlaku ini merupakan asam garam bagi pemandu.Sekiranya duit penuh di poket sudah tentu keadaan ini tidak berlaku.Kereta perlu di bawa ke bengkel AIR COND dan buat bayaran selesai masalah.Bagaimana pula dengan yang kekurangan dari segi wang tentu tercari-cari sumber tambahan sebelum dapat memperbaiki sistem AIR COND. Pengalaman hidup amat perlu apabila menghadapi pelbagai masalah yang di hadapi.

Pengalaman meredah perjalanan dari Negeri Sembilan hingga ke Kuala Rompin Pahang adalah memakan masa hampir 2jam 30 minit jika cuaca baik atau sistem air cond kereta berada dalam keadaan baik terpaksa mengambil masa 4 jam perjalanan kerana di sebabkan hari hujan serta cermin berkabus menyukarkan perjalanan yang di lalui.Tambahan pula memakai cermin mata ketika memandu.Banyak perkara yang di bimbangi kerana perjalanan pada waktu malam sememangnya bertambah sukar serta hujan turun pada musim tengkujuh yang berterusan.Usaha yang dapat di lakukan untuk menghilangkan kabus pada cermin pada waktu itu dengan mengelap menggunakan kain bersih sahaja .Itu saja jalan alternatif yang boleh di lakukan.Keadaan ini tidak dapat untuk bertahan lama kerana kabus di bahagian sudut cermin belakang menyukarkan pemandangan belakang, sudut cermin tingkap kiri dan kanan turut menghadapi masalah yang sama ketika memandu.Runsing memikirkan keadaan ini kenderaan terpaksa di berhentikan di tepi jalan apabila pandangan sudat hadapan bertambah buruk akibat suluhan lampu kereta yang bertentangan.Keadaan ini boleh membahayakan nyawa penumpang yang ada.Nak tak nak kenderaan perlu di berhentikan di lokasi perhentian yang selamat.Hujan masih berlarutan .Keadaan pula makin larut malam.Keputusan perlu di ambil supaya perjalanan tidak terlalu lewat untuk sampai.Pengalaman inilah yang telah membawa kepada penemuan yang tidak di sangka yang dapat menyelesaikan masalah dan kini tiada masalah untuk kereta bergerak walaupun hujan tanpa air cond .
Anda hanya perlukan satu  sabun mandi .Caranya cari alas tuala bersih khas untuk cermin , kikis sabun sehingga terkumpul pada alas kain menjadi  serbuk .Pastikan kain tidak basah dan di sapukan pada cermin kereta yang telah beruwap atau berkabus.Ratakan keseluruhan cermin atau keseluruhan cermin kereta.Biarkan sahaja anda akan mengetauhi keputusannya...

26/04/2016

No comments:

Post a Comment